fbpx
Now Reading
Eira Syazira Selamat Lahirkan Anak Ketiga

Eira Syazira Selamat Lahirkan Anak Ketiga

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Nampaknya ramai artis Malaysia menyambut tahun baru bersama ahli keluarga baru mereka seperti pasangan pelakon, Azad Jazmin dan Eira Syazira.

IG Eira Syazira

Eira telah selamat melahirkan puteri ketiga mereka seberat 3.1 kilogram pada pukul 1.43 petang tadi secara pembedahan di Pusat Perubatan Prince Court Kuala Lumpur.

Azad melahirkan rasa bersyukur kerana isteri dan anaknya berada dalam keadaan baik dan mengucapkan terima kasih kepada peminat-peminat yang sentiasa mendoakan mereka.

IG Eira Syazira

“Semua ‘power puff girls’ jadi saya kena belajar bergelumang dengan anak-anak perempuan semuanya,” ujarnya secara berjenaka.

Tahniah kepada Azad dan Eira! Semoga keluarga mereka bertambah bahagia dan ceria dengan penambahan ahli baru di awal tahun baru ini.

Sumber: mStar

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.