fbpx
Now Reading
“Jangan Tanya Saya Pasal Shahir”

“Jangan Tanya Saya Pasal Shahir”

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pelakon terkenal, Erra Fazira meminta semua pihak berhenti bertanya mengenai Shahir kepadanya kerana dia tidak mahu masuk campur dalam urusan peribadi naib juara Akademi Fantasia ke-8 (AF8) itu.

IG Erra Fazira

Menurutnya, walaupun mereka berkawan rapat tetapi dia tak ambil peduli mengenai kisah peribadi lelaki itu yang dikatakan belum melangsaikan hutang-hutang lama.

“Jangan jadikan saya macam kaunter pertanyaan untuk apa-apa isu mengenai dirinya kerana apa juga masalah membabitkan dia biarlah dia jawab sendiri,” jelasnya.

IG Erra Fazira

Malah, dia juga tak mahu bercakap mengenai status hubungan mereka kerana statusnya sebagai seorang wanita dan ibu.

“Cukuplah saya katakan kami masih berkawan kerana saya memang tidak ada berkawan dengan lelaki lain pun. Nak cakap lebih pun tak manis sebab saya wanita,” sambungnya sambil membiarkan Shahir menjawab segala persoalan itu nanti.

Sumber: mStar

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.