Now Reading
Idris Khan Tunda Majlis Pernikahan Kerana Hormati Permintaan Bakal Isteri

Idris Khan Tunda Majlis Pernikahan Kerana Hormati Permintaan Bakal Isteri

Pelakon Idris Khan menjelaskan terpaksa menunda majlis pernikahan dengan kekasihnya, Sanaa Jeljalane disebabkan kakak bakal isterinya  itu melahirkan anak baru-baru ini.

Menurut Idris, 30, keputusan itu dilakukan untuk menghormati permintaan bakal isterinya.

“Saya tiada masalah untuk menunda majlis tersebut kerana itu dilakukan untuk menghormati permintaan bakal isteri.

“Sebelum orang lain mula bertanya dan menimbulkan persoalan, lebih baik saya beritahu dahulu.

“Buat masa sekarang saya belum mempunyai tarikh baru bagi melangsungkan perkahwinan,” katanya.

Sebelum ini, Idris mendedahkan dia sepatutnya berkahwin hujung tahun lalu tetapi menundanya kerana proses dokumentasi apabila berkahwin dengan wanita asing.

Katanya, persiapan perkahwinan kini 70 peratus siap membabitkan busana Sanaa, dewan dan prosedur perkahwinan.

“Memandangkan keluarga Sanaa tidak besar, kami buat satu majlis saja. Tema pula menggabungkan dua budaya iaitu Melayu dan Maghribi,” katanya.

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.