Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Penyanyi lagu Pematah Hati, Nabila Razali, mengakui imannya tak kuat semasa dia baru mula berhijab pada tahun 2002.
Menurutnya, rakan-rakan memberi semangat kepadanya untuk berhijab dan dia juga mendapat sindiran-sindiran manja daripada mereka.
“Kadang-kadang ada juga terbawa-bawa perangai lama. Lebih-lebih lagi jika dikelilingi rakan-rakan yang ‘hot’, kadang-kadang hati akan goyah juga. Tapi perlu lebih kuat dan kena berbalik semula kepada niat untuk berhijab,” jelasnya.
Biasa la, kadang-kadang terasa rindu mahu berpakaian seperti sebelum ini tetapi hati kena kuat dan sentiasa istiqomah untuk menepis segala dugaan sepanjang berhijab.