Now Reading
Fathia Perli Produksi ‘Hauk’ Di Twitter

Fathia Perli Produksi ‘Hauk’ Di Twitter

Pelakon sensasi, Fathia Latiff, kini mencetuskan kontroversi apabila melabelkan satu produksi sebagai ‘hauk’ kerana mereka asyik mencari kesalahannya.

Dia meluahkan kata-kata itu di akaun laman sosial Twitter miliknya beberapa hari lepas di mana dia mempersoalkan isu kelewatannya ke lokasi penggambaran diperbesarkan.

Selain itu, Fathia mempertikaikan tindakan mereka yang hanya nampak keburukan orang lain tanpa mengira sumbangan, bakat, pencapaian dan lain-lain lagi yang telah disumbangkan.

Malah, dia juga memanggil pihak produksi itu sebagai ‘hauk’ dan melebih-lebih. Agaknya perkara ini ada kaitan dengan peristiwa dulu di mana dia datang lewat ke Siaran Langsung Sepahtu Reunion hingga terpaksa digantikan dengan Siti Elizad.

Sebelum ini, dia terlebih dulu telah digugurkan dari sebuah drama akibat kelewatannya dan wataknya diganti dengan Zahirah Macwilson.

Sumber: Twitter Fathia Latiff

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.