fbpx
Now Reading
Yuna dan Adam Disatukan Januari Ini

Yuna dan Adam Disatukan Januari Ini

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penyanyi antarabangsa terkenal Yunalis Zarai kini sedang rancak membuat persiapan untuk majlis perkahwinan bersama tunangnya, Adam Sinclair tidak lama lagi.

Pasangan ini memilih tarikh pada 28 Januari untuk melangsungkan pernikahan.
Oleh itu, satu sidang media mengenai majlis perkahwinan pasangan ini bakal diadakan Sabtu ini, 27 Januari pada jam 4 petang di Putrajaya anjuran syarikat pengurusan miliknya, Yuna Room Records.

Yuna, 31 tahun, telah mengikat tali pertunangan dengan Adam Sinclair pada 5 Ogos 2017 setelah dirisik keluarga Adam pada 27 Mac lalu.

Petunangan Yuna disambut sederna di kediaman lelaki itu di Shah Alam, Selangor selepas berkenalan sejak 2013.

Video pertunangan Yuna dan Adam turut ditonton sebanyak 100 ribu kali di YouTube dan dibanjiri dengan ucapan tahniah daripada peminat.

Sebelum ini Yuna ada juga memuat naik status di Instagram mengenai persiapan perkahwinannya.

Status tersebut mengundang reaksi teruja dan tidak sabar di kalangan peminat untuk menyaksikan bintang antarabangsa itu bersama pasangannya.

 

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.