fbpx
Now Reading
Jihan Muse Selamat Lahirkan Bayi Lelaki

Jihan Muse Selamat Lahirkan Bayi Lelaki

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

[video src="https://www.instagram.com/p/BeYIm13lp76/?taken-by=meletop"]

Jihan Muse Pelawak dan pengacara terkenal, selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Shah Alam, Selangor, kira-kira jam 10.15 malam tadi.

Jihan atau nama sebenarnya Nuur Jihan Musa, 35, melahirkan bayi seberat 3.85 kilogram itu secara pembedahan.

Syarikat pengurusannya, Laugh Out Loud Entertainment dalam satu kenyataan memaklumkan Jihan akan berehat selama dua bulan daripada aktiviti seni bagi memberi tumpuan terhadap keluarga.

“Jihan dan bayinya dalam keadaan baik dan sedang berehat. Memandangkan ini kelahiran sulungnya, Jihan akan menumpukan perhatian sepanjang tempoh itu.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih atas doa dan sokongan daripada ahli keluarga, rakan terdekat, media serta peminat,” katanya menerusi kenyataan itu.

Menerusi video yang dimuat naik di laman rasmi program Meletop itu, suami Jihan, Ungku Hariz Faizal yang juga pelakon meluahkan perasaan syukur sudah bergelar bapa.

 

Ungku Hariz turut mengucapkan terima kasih dan berharap semua peminat mendoakan kesejahteraan keluarga kecilnya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.