fbpx
Now Reading
Fizz Fairuz Bergelar Datuk

Fizz Fairuz Bergelar Datuk

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pelakon terkenal Fizz Fairuz kini bergelar Datuk selepas dianugerahkan darjah kebesaran dan pingat Pahang pada Sabtu.

Suami kepada aktres Almy Nadia itu menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) sempena Istiadat Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang.

Fizz atau nama sebenarnya, Mohd Fairuz Zainal Abidin, 38, antara 197 penerima darjah kebesaran dan pingat tersebut.

Isitadat disempurnakan oleh Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Dia bagaimanapun, menerusi laman sosial Instagram pada malam Jumaat memuat naik foto dengan kapsyen tanda syukur.

“Syukur Alhamdulillah penghulu segala hari. Amin. Proud of you Fizz Fairuz,” tulisnya.

Rata-rata pengikut laman sosial selebriti itu mengucapkan tahniah kepada pasangan berkenaan.

 

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.