fbpx
Now Reading
Ezzaty Jalani Pembedahan

Ezzaty Jalani Pembedahan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

[video src="https://www.instagram.com/p/Beh6G-glekO/?taken-by=azwankombos"]

Pelakon dan isteri kepada Azwan Kombos, Ezatty Abdullah, 27, terpaksa menjalani pembedahan segera jam 4 petang semalam di sebuah hospital swasta.

“Saya menjalani pembedahan payu dara kerana mengalami bengkak susu. Bengkak itu sudah lama dan mula bernanah. Biasanya kalau bengkak susu, saya pam akan okey.

“Tapi kali ini apabila pam, tak okey. Saya sudah ikut semua petua yang ada. Balik saja dari Singapura semalam, ia menjadi semakin teruk,” katanya.

 Katanya, doktor cuba memberi rawatan biasa dengan menyuntik keluar lebihan susu pagi tadi malangnya bengkak dialami semakin teruk.

Katanya lagi, dia perlu menjalani rawatan mencuci luka setiap hari selama seminggu selepas dibenarkan keluar daripada hospital, esok.

Ezzaty dan suaminya,  dikurniakan anak perempuan diberi nama Harum Dahlia pada 6 Disember tahun lalu.

Azwan Kombos juga memuat naik gambar dan video mengenai isteri kesayangannya.

 

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.