Now Reading
Jampi Hael Husaini Menjadi

Jampi Hael Husaini Menjadi

Lagu Jampi ciptaan Ezra Kong dan Hael Husaini muncul juara pada Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-32 yang disiarkan secara langsung oleh TV3 dari Axiata Arena, Bukit Jalil di sini, malam tadi.

Dengan kemenangan lagu yang dinyanyikan Hael, mereka membawa pulang hadiah wang tunai RlM50,000, trofi dan baucar CJ Wow Shop bernilai RM10,000.

Naib Juara dimenangi komposer Faizal Tahir dan Mike Chan dengan lagu Sejati yang dipersembahkan vokalis Caliph Busker, Azmi Saat. Mereka menerima wang tunai RM35,000, trofi dan baucar CJ Wow Shop bernilai RM2,000.

Tempat ketiga disandang lagu Tergantung Sepi ciptaan Ibnu dan Gouffran nyanyian Haqiem Rusli. Mereka menerima wang tunai RM20,000, baucar CJ Wow Shop bernilai RM2,000 dan trofi.

Syamel dan Ernie Zakri yang mendendangkan lagu Aku Cinta diumumkan sebagai pemenang Vokal Terbaik. Mereka membawa pulang wang tunai RM12,000, trofi dan baucar CJ Wow Shop RM2,000.

Manakala aksi bertenaga Altimet yang menyampaikan lagu Amboi melayakkan dirinya menerima trofi Persembahan Terbaik. Altimet menerima wang tunai RM12,000 dan baucar CJ Wow Shop bernilai RM2,000.

Majlis yang dihadiri Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak dan Pengerusi Media Prima Bhd (MPB), Tan Sri Ismee Ismail, itu digamatkan dengan persembahan bertenaga beberapa artis.

Persembahan 12 finalis AJL  diadili 10 juri profesion diketuai oleh Azmeer terdiri daripada pelbagai latar belakang iaitu Datuk Mokhzani Ismail, Datuk Wah Idris, Datuk Ramli Sarip, Datuk Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah), Helen Yap, Sharon Paul, Edrie Hashim dan Aizat Amdan.

Penghakiman dilakukan berdasarkan markah sebanyak 80 peratus yang diadili terlebih awal manakala 20 peratus lagi melalui persembahan pada malam kemuncak.

Diangkat sebagai acara muzik tahunan berprestij tempatan, AJL 32 mengangkat ‘Fesyen dan Muzik’ sebagai tema persembahan.

Segmen pembukaan turut menyerlahkan tema apabila persembahan Stacy, Waris, Ag Coco dan Edrie Hashim menampilkan model tersobor, Nasha Aziz, Aleeza Kassim dan Tinie.

See Also

Berkonsepkan era Pop Yeh Yeh, segmen Interlude pula dihangatkan Datuk A Rahman Hassan, Datuk Jeffrydin, Datuk Awie dan Siti Sarah.

AJL 32 menampilkan Alif Satar dan Sherry AlHadad sebagai hos mendapat pujian daripada penonton kerana menggabungkan pengacara yang professional namun terdapat juga undur bersahaja yang dibawa oleh Sherry.

AJL 32 dipancarkan Nivea dan Samsung sebagai penaja utama.

Persembahan Hael yang menjadikan bekas peserta Akademi Fantasia (AF) 2013 ini sebagai juara malam tadi.

Sumber : BH Online

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.