fbpx
Now Reading
Kru Lari Diganggu ‘Hantu’

Kru Lari Diganggu ‘Hantu’

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

“Empat kru melarikan diri membawa bersama peralatan dan van penggambaran sehingga saya terpaksa membuat laporan polis.

Pengarah, Yusuf Kelana yang membuat kenyataan tersebut akui berdepan cabaran menyiapkan filem Bidong The Boat People di Terengganu selepas beberapa kru lari meninggalkan set penggambaran kerana terlalu tertekan dengan gangguan mistik.

“Selepas dipujuk, hanya dua kembali bekerja manakala dua lagi terpaksa diganti dengan kru baru,” katanya pada tayangan filem itu di Damansara, baru baru ini.

Beliau selaku penerbit filem mendakwa set jeti pelabuhan lama terletak di Kijal, Terengganu digunakan dalam penggambaran juga dipercayai ‘keras’ dan kru kerap mendakwa mereka mengalami gangguan mistik.

Mereka turut berdepan masalah sama sewaktu penggambaran di Pulau Bidong sehingga terpanggil untuk mendapatkan khidmat seorang ustaz.

Produksi terpaksa mengubah waktu penggambaran di pulau pada sebelah siang sahaja bagi mengelakkan kejadian tidak diingini,

Filem mengisahkan seorang bekas pelarian Perang Vietnam 1978 yang pernah ditransit ke Pulau Bidong selama tiga tahun sebelum kembali semula ke pulau itu selepas tiga puluh tahun untuk melawat kubur suaminya.

Sumber : Harian Metro

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.