fbpx
Now Reading
“Kalau Orang Cakap Macam Ni, Apakah Perasaan Anda?” Elfira Geram Netizen Persoal Status Pertunangan

“Kalau Orang Cakap Macam Ni, Apakah Perasaan Anda?” Elfira Geram Netizen Persoal Status Pertunangan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Status sebenar hubungan pelakon Elfira Loy dan penyanyi Sufian Suhaimi masih menjadi persoalan sehingga kini.

Elfira menerusi laman Instagram, atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 24, memuat naik satu gambar di New York dengan caption gambar  yang juga menjadi tanda tanya.

Elfira menulis, “Anda boleh cakap, anda boleh spekulasi tapi anda tak akan tahu cerita sebenar.

 

“Dan agama saya mengajar saya untuk sentiasa menjadi baik, positif, memaafkan dan melupakan,” tulis Elfira.

Menurutnya, jika seseorang itu bercakap mengenai perkara baik, maka dia adalah seorang yang baik. Manakala, jika sebaliknya, orang tersebut perlulah memperbaiki diri menjadi yang lebih baik.

“Anda adalah apa yang anda fikir. Kata-kata anda menentukan siapa diri anda. Renungkan kata-kata anda kepada orang lain.

“Jika anda bercakap mengenai perkara yang baik, anda baik. Jika anda bercakap tentang perkara-perkara buruk, anda perlu memperbaikinya untuk menjadi lebih baik,” katanya.

Rata-rata pengikut di laman sosialnya itu mendoakan jodoh mereka berpanjangan dan meneruskan rancangan untuk berkahwin.

Dalam pada itu, menerusi Instastory Elfira membalas salah satu komen netizen yang mempersoalkan tindakannya yang dikatakan selalu menayang kemewahan namun tidak berkongsi berita putus tunang.

Kata Elfira, dia hairan dengan sikap netizen yang masih ingin melihat aktivitinya di laman sosial biarpun tidak menyukainya.

“Sekarang, biar saya ajar bagaimana nak memantulkan kembali apa yang awak cakap. Kalau orang cakap macam ini, apakah perasaan anda?

“Dan kenapa dia masih ingin melihat saya jika dia tidak menyukainya? Seperti, apabila saya muat naik sesuatu, awak mesti nak melihatnya, kan. Beritahu saya sebabnya,” kata Elfira.

Sebelum ini, Sufian pernah memberitahu dia dan Elfira tidak ‘berkawan’ di laman Instagram atas masalah teknikal.

Dikhabarkan pasangan itu menunggu masa yang sesuai untuk mengumumkan pertunangan mereka yang dikatakan sudah berakhir.

Pasangan selebriti ini mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober tahun lalu di Cheras, Kuala Lumpur.

Mengikut perancangan awal, perkahwinan mereka akan berlangsung pada bulan depan namun sehingga kini kedua-duanya masih belum memaklumkan tarikh sebenar pernikahan.

Sumber :  Mstar

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.