fbpx
Now Reading
Sharnaaz Ahmad Bakal Timang Cahaya Mata

Sharnaaz Ahmad Bakal Timang Cahaya Mata

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

[video src="https://www.instagram.com/p/BfNoxm4BeGo/?hl=en&taken-by=noornabila"][video src="https://www.instagram.com/p/BecQ1zfhYfq/?hl=en&taken-by=noornabila"]

Persoalan peminat terjawab selepas  isteri kepada pelakon Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila mengumumkan tentang kehamilannya di Instagram pada petang Khamis.

Kakak kepada pelakon Neelofa itu meluahkan rasa syukur terhadap rezeki yang dikurniakan selepas hampir setahun berumah tangga.

“Alhamdulillah, berkat doa semua kami dikurniakan rezeki dan anugerah terindah dari Allah SWT.

“Doakan segala urusan kami dipermudahkan dan doakan bayi sihat sempurna Insyaallah,” tulisnya.

Pada 28 Januari lalu, pasangan ini mendapat perhatian netizen apabila memuat naik foto di sebuah pusat perubatan di sini.

Foto tersebut turut menerima ucapan tahniah beberapa rakan artis dan peminat.

Sharnaaz bergelar suami kepada Noor Nabila Mohd Noor pada 31 Mac 2017 dalam sebuah majlis sederhana yang diadakan di Hotel Royale Chulan, di sini.

Sumber : Instagram Noornabila

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.