fbpx
Now Reading
‘Black Panther’ Belajar Silat Untuk Filem

‘Black Panther’ Belajar Silat Untuk Filem

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

[video src="https://instagram.com/p/BTpuNJGhTLa/"]

Untuk mempamerkan babak aksi pergaduhan yang mantap di dalam filem Black Panther, pelakon utama telah mempelajari beberapa jenis seni mempertahankan diri.

Salah satunya ialah seni mempertahankan diri Melayu iaitu silat. Kenyataan ini dibuat oleh pelakon utama Chadwick Boseman yang memegang watak sebagai T’Challa, hero di dalam filem yang berdasarkan komic Marvel ini.

Boseman berkata kepada Singapore Straits Times, “Banyak idea yang digunakan dalam koreografi antaranya capoeira (Brazil), Dambe boxing (Afrika Timur), Senegalese wrestling, perlawanan kayu Zulu dan campuran beberapa seni mempertahankan diri Asia seperti muay thai dan Silat Harimau untuk mencipta aksi yang sesuai dengan konsep filem ini.

Silat Harimau adalah salah satu daripada beratus jenis silat yang dikatakan menyerupai pergerakan harimau.

Boseman juga ada memuat naik satu video semasa latihan yang menyerupai pergerakan silat di Instagramnya pada May tahun lepas.

Black Panther yang telah ditayangkan di Malaysia pada 15 Februari telah memberi impak kepada industri perfileman Hollywood lebih lebih lagi kepada peminat Marvel kerana telah mempamerkan pelakon yang terdiri daripada pelbagai warna kulit.

Sumber : The Malay Mail

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.