fbpx
Now Reading
Elfira Loy Pula Luah Perasaan

Elfira Loy Pula Luah Perasaan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

[video src="https://www.instagram.com/p/BfZ7U_wHD9m/?taken-by=elfiraloy"]

Elfira Loy, yang sebelum ini dilihat lebih selesa untuk memendamkan saja gejolak rasa dalam diri selepas pertunangannya dengan Sufian Suhaimi terlerai, seakan-akan meluahkan perasaan di Instagram peribadi beliau, semalam.

Elfira, 23, memuatnaik perkongsian berkenaan di laman sosialnya itu yang disertakan dengan puisi berkaitan penyerahan jiwa kepada Yang Maha Esa.

“Saat kau merasa jatuh, saat itu Allah sedang menangkapmu. Saat kau merasa sedih, saat itu Allah sedang memelukmu. Saat kau merasa hampa, saat itu Allah sedang mengisimu.

“Saat kau merasa sepi, saat itu Allah datang kepadamu. Saat kau merasa sakit, saat itu Allah mengubatimu,” katanya dalam entri yang turut disertakan gambarnya di kota New York.

Status berkenaan meraih hampir 100,000 ‘like’ selain menerima 1,700 komen termasuk daripada rakan artis seperti Fara Fauzana, Mira Filzah dan Liyana Jasmay.

Rata-rata komen ditinggalkan oleh pengikut beliau dan netizen meminta pelakon itu supaya bersabar dan tabah menghadapi ujian terbabit.

Sabtu lalu, ibu Elfira, Filzah Yusoff, mengesahkan hubungan anaknya dengan penyanyi berusia 25 tahun itu sudah putus.

Ia kemudian turut disahkan sendiri oleh Sufian yang memaklumkan, bapa Elfira, Ahmad Sabri Ariffin, memulangkan cincin pertunangan kepada keluarganya di Muar, Johor.

Elfira dan penyanyi lagu Terakhir itu mengikat pertunangan pada 6 Oktober tahun lalu dan jika mengikut perancangan awal, kedua-duanya bakal disatukan sebagai suami isteri awal bulan depan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.