fbpx
Now Reading
Dikir Puteri Viral di The Voice Thailand, Ini Respon Noraniza Idris

Dikir Puteri Viral di The Voice Thailand, Ini Respon Noraniza Idris

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Viral di media sosial baru-baru ini apabila lagu yang pernah dipopularkan oleh Noraniza Idris menjadi pilihan peserta program The Voice Thailand, baru-baru ini.

Ratu pop Etnik dan penyanyi asal lagi Dikir Puteri, meluahkan rasa bangga dan terharu.

Kata Noraniza kepada Sinar Harian, ia jelas membuktikan bahawa pengaruh Irama Malaysia berjaya meletakkan keyakinan masyarakat luar negara untuk menghargai karya tempatan yang dianggap terbaik dan  unik dari Malaysia.

“Tidak sia-sia kita memaparkan elemen Dikir Barat yang divisualkan melalui klip video sebagai mempromosikan kebudayaan memperkenalkan Malaysia dengan lebih dekat.

“Satu kekuatan apabila melihat persembahan mereka benar-benar menghormati dan menghargai konsep lagu tersebut.

“Dari nyanyian, lirik (walaupun sedikit pelat), pakaian, lenggok air dikir barat nyanyian saya, mereka cuba buat dengan sebaiknya ,” ujar Noraniza.

Menurut penyanyi ini lagi, dalam setiap lagu Irama Malaysia yang dinyanyikan, pasti ada satu identiti  lenggok nyanyian dari caranya yang tersendiri yang dibentuk.

“Menerusi persembahan tersebut, saya dapat mengesan mereka mengguna pakai cara lenggok saya untuk persembahan lagu tersebut dan bersungguh-sungguh koreograf persembahan mengikut identiti  lagu tersebut agar sesuai  dengan konsep dikir barat .

“Malah mereka juga tidak malu menggayakan cara orang Kelantan walaupun Thailand juga tidak lari jauh dari sejarah susur galur dengan negeri tersebut, ” luahnya..

 

Terdahulu, lagu Dikir Puteri menjadi tular selepas peserta duo  rancangan realiti TV popular,  The Voice Thailand, memilih untuk menyanyikan lagu ini dalam salah satu persembahan mereka.

Video persembahan mereka telah menarik perhatian ramai sehingga ditonton lebih 1.4 juta kali di YouTube dan Facebook sejak dimuat naik 11 Februari lalu.

Sumber : Sinar Harian

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.