
Sajat Impikan Ketenangan
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Usahawan kosmetik yang juga penyanyi, Nur Sajat Kamaruzzaman berkongsi impiannya sempena ulangtahun kelahirannya yang ke-33 dan berharap agar tiada lagi yang bermusuhan dengannya.
“Impian saya adalah untuk terus maju dalam semua segi. Saya juga nak bekerja dan hidup dengan tenang tanpa ada musuh atau bergaduh dengan sesiapa,” katanya kepada Harian Metro.
“Orang sentiasa cuba mencari kesalahan saya dan mengaibkan saya dengan pelbagai kecaman.
“Namun, saya bersyukur kerana keluarga dan kawan-kawan rapat tak pernah berhenti memberikan sokongan kepada saya,” katanya.
Terbaru, Sajat akan muncul dengan single terbarunya yang berjudul Makhluk Penggoda.
Majlis kesyukuran dan doa selamat itu turut dihadiri oleh kaum keluarga serta dimeriahkan dengan kehadiran 80 anak-anak tahfiz Az Zahra, Pinggiran Subang.
Sumber : Harian Metro