Kurang Dihargai Di Malaysia, Shila Amzah Melangkah Ke China

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Itu ungkapan tepat bagi menggambarkan nasib penyanyi berbakat Nurshahila Amir Amzah.

Beliau yang mesra dengan panggilan Shila Amzah, mula menempa nama dalam industri muzik peringkat global apabila bakatnya dijulang dalam Asian Wave, sebuah pertandingan nyanyian yang diadakan di Shanghai, China pada 2012.

Sejak daripada itu, beliau terus melebarkan sayapnya di bumi China yang disifatkan sebagai mata pencarian untuk Shila berkarya dalam bidang nyanyian.

Terbaharu, Shila Amzah merupakan penyanyi pertama di Malaysia yang berjaya melakar nama dalam senarai Forbes 30 Under 30 Asia 2018.

Menurut Shila, antara faktor yang melayakkan beliau tersenarai dalam Forbes 30 Under 30 adalah disebabkan kelainan yang dipersembahkan.

“Saya bukan sahaja bergiat aktif dalam industri di Malaysia dan China, malah saya juga memenuhi permintaan di Hong Kong.

“Selama 18 tahun saya melibatkan diri dalam industri ini, saya telah membuktikan kepelbagaian dalam bentuk persembahan saya contohnya menghasilkan lagu Mandarin buat peminat di China dan itu antara faktor yang melayakkan saya untuk menerima pengiktirafan berprestij sebegini.

“Pada pandangan saya, saya mahu pastikan tiada halangan untuk berkarya terutamanya dalam bahasa lain kerana pada saya kepelbagaian budaya dan bahasa dalam persembahan akan menyatukan orang ramai,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI, di sini, hari ini.

Tambahnya, peluang untuk beliau memperbaiki mutu persembahan agak kurang di Malaysia. Justeru beliau mengambil keputusan untuk menimba ilmu serta pengalaman di China.

“Saya rasa peluang untuk memperbaiki mutu persembahan saya agak kurang di tanah air, dan saya mengambil keputusan untuk mantapkan dan hasilkan lebih banyak karya di China kemudian pulang ke Malaysia danm sumbangkan apa yang saya ada,” ujarnya.

Dalam perkembangan berasingan, beliau dan pasangan pilihannya Haris Idraki Elias, 28 tahun, akan mendirikan rumah tangga 19 April ini.

Namun, tarikh resepsi pasangan ini akan diumumkan kelak.

Sumber : Awani

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

13 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

14 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

14 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

14 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

16 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

16 hours ago