fbpx
Now Reading
Kamal Adli Buat Kejutan Paling Manis Untuk Emma Maembong

Kamal Adli Buat Kejutan Paling Manis Untuk Emma Maembong

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui bahawa pelakon cantik, Emma Maembong pernah mempunyai hubungan percintaan dengan pelakon kacak Kamal Adli. Namun mereka telah pun berpisah beberapa bulan yang lalu atas faktor yang pernah dijelaskan oleh mereka sebelum ini.

Terbaru, peminat pasangan ini berharap agar mereka mempunyai jodoh bersama setelah Emma berkongsi kejutan yang dibuat oleh Kamal Adli buat dirinya bersempena hari lahir Emma yang jatuh pada 27 Mac yang lalu.

Dalam posting terbabit, Emma nampaknya berterima kasih atas usaha Kamal dalam menyediakan kejutan tersebut dan mengakui belum pernah menerima kejutan semanis itu dari orang lain.

Kamal Adli juga memuat naik gambar mereka berdua dan mengucapkan Happy Birthday kepada Emma.

Dalam pada itu, peminat menzahirkan rasa kekeliruan tentang siapa sebenarnya yang menjadi pilihan pelakon manis ini namun mereka menyerahkan kepada Emma untuk membuat keputusan berkaitan perkara itu.

Rata-rata peminat nampaknya menyokong sekiranya Emma mengambil keputusan untuk kembali bersama Kamal Adli semula. Ucapan hari lahir dan sokongan membanjiri ruang komen status tersebut

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.