Now Reading
Elyana Sesat 20 Minit Sebelum Hadiri Majlis Tayangan Perdana Filem Dukun

Elyana Sesat 20 Minit Sebelum Hadiri Majlis Tayangan Perdana Filem Dukun

 Sebelum menghadiri majlis Tayangan Perdana filem Dukun yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) petang tadi, pelakon dan penyanyi, Elyana akui sesat selama 20 minit selain bangunan 88 tingkat tersebut turut tidak kelihatan.

Elyana berkata, setiap kali memandu ke sesebuah lokasi, dia dan suami, Khairul Hussin pasti akan menggunakan aplikasi Waze untuk ke tempat yang dituju bagi melancarkan pemanduan.

Bagaimanapun, aplikasi tersebut tidak menunjukkan arah jalan yang betul selain gagal berfungsi dengan baik secara tiba-tiba.

“Kebiasaannya memang kami akan menggunakan Waze untuk mendapatkan maklumat kesesakan jalan raya selain memastikan tiba di lokasi yang betul.

“Tetapi aplikasi tersebut mempamerkan laluan yang berbeza dan hampir 20 minit kami tersesat selain dalam masa sama, bangunan KLCC turut tidak kelihatan.

“Bukan untuk mereka cerita tetapi, saya percaya akan kewujudan perkara mistik. Setelah membaca surah al-Fatihah dan tiga Qul, akhirnya kami tiba di destinasi yang ingin dituju,” jelas pelakon berusia 30 tahun itu.

Filem Dukun arahan Dain Said mengisahkan tentang seorang wanita bernama Diana Dahlan yang mengamalkan ilmu hitam selain melakukan pembunuhan kejam terhadap mangsanya.

Selain Elyana, filem yang akan memulakan tayangan esok itu turut dibintangi oleh Datin Paduka Umie Aida, Namron, Faizal Hussin, dan Hasnul Rahman.

Sumber : Kosmo Online

 

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.