
“Bali Lagi Penting Daripada Pantang…” Nora Danish Dikritik Netizen Bawa Neyney Bercuti
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
22 Februari lalu Nora Danish telah pun selamat melahirkan seorang bayi lelaki dan nampaknya beberapa hari lalu dia telah pun melepasi tempoh berpantang selama 44 hari. Sepanjang waktu kelahiran bayi Nora (Neyney), banyak foto momen bersamanya dirakam dan dikongsikan kepada umum.
Terbaru, Nora telah memuatnaik beberapa keping gambar percutian ke Bali bersama Neyney dan ianya mendapat kritikan dari peminat kerana tidak menjaga sensitiviti kulit bayi tersebut.
Foto tersebut telah menerima lebih dari 60k tanda suka setakat Ahad dan rata-ratanya memuji keadaan Nora yang telah pun kembali kepada berat ideal seperti sebelum ini. Namun, ada juga segelintir netizen yang bertindak untuk mengkritik foto-foto tersebut.
Terdapat juga peminat yang mempersoalkan Nora kerana tidak memakaikan pakaian kepada bayi tersebut dan bimbang tentang keadaan kulit bayi yang lebih sensitif.
Segelintir netizen menyindir Nora kerana disifatkan lebih mementingkan percutian tersebut berbanding kesihatan anaknya yang baru berusia sekitar dua bulan itu.