Hubungan Zahirah Macwilson dan Zul Ariffin Tak Direstui

Bapa kepada pelakon Zahirah iaitu Zainol MacWilson meluahkan rasa lega akhirnya hubungan anaknya dengan Zul Ariffin benar-benar berakhir.

Zainol, 59, berkata, dia sudah menjangkakan percintaan tersebut tidak mempunyai hala tuju ke arah sebuah perkahwinan.

“Alhamdulillah, saya rasa lega sekarang mereka sudah benar-benar putus. Dari pertemuan pertama lagi saya sudah dapat rasakan dia bukan seorang yang layak untuk Zahirah.

“Saya tidak restu hubungan mereka dan jangan sebut pasal kahwin pun, minta dijauhkan,” ujarnya kepada mStar Online pada Ahad.

Zainol berkata demikian ketika diminta mengulas tentang isu putus cinta anak sulungnya Zahirah dan Zul Ariffin.

Menurut Zainol, hubungan tersebut tidak sepatutnya terjadi berikutan dia kurang senang dengan sikap aktor berkenaan dari awal pertemuan mereka.

Bagaimanapun dia akur dengan keputusan anaknya untuk terus berkawan rapat dengan pelakon J Revolusi itu.

“Kali pertama Zahirah bawa saya bertemu Zul pada tahun 2015 dan ketika itu saya tidak bersalam dengannya kerana saya dapat tahu dia bersikap kurang ajar dengan ibu Zahirah.

“Jadi sepatutnya dari situ dia tahu dan tidak meneruskan hubungan. Dia tahu saya tidak suka dan dalam tempoh itu juga dia tidak berusaha pun untuk berbaik atau menunjukkan usaha perbaiki hubungan,” ujarnya.

Zainol mendakwa, Zul pernah menghubunginya menerusi telefon Zahirah bagi meminta penjelasan serta mempersoalkan beberapa perkara berkaitan kenyataannya kepada media.

Dalam pada itu, bercakap tentang dakwaan Zul tentang sikap Zahirah berswafoto berdekatan jenazah ibunya, Zainol berkata, dia sudah mendidik anaknya dengan budaya timur.

Katanya, dia percaya anaknya tidak bertindak seperti didakwa pelakon terbabit.

“Itu fitnah, Zahirah juga menafikan ada bergambar seperti didakwa. Walaupun dibesarkan di luar negara, dia masih tahu adab dan budaya yang kena hormat.

“Saya rasa Zul tiada modal untuk bercakap sehingga menjadikan perkara itu sebagai topik,” katanya.

Dalam pada itu, Zainol berharap Zahirah tabah dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa.

Katanya, anak dia masih muda dan mempunyai masa depan yang panjang.

Sumber : Mstar

Recent Posts

  • Trending

Faisal Halim Disimbah Asid, Pelaku Dipercayai Naik Motosikal Curi

Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…

13 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

21 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

3 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

3 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

3 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

3 days ago