fbpx
Now Reading
Tak Mandi Dua Hari Tunggu Iron Man

Tak Mandi Dua Hari Tunggu Iron Man

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui bintang filem Avengers: Infinity War, Robert Downey Jr. kini berada di Singapura dalam rangka promosi filem itu.

Namun, keterujaan peminat aktor tersohor Hollywood itu lebih daripada segalanya apabila ada yang sanggup menunggu di luar Marina Bay Sands sejak semalam hingga sanggup tidak mandi.

Kisah itu diceritakan sendiri oleh seorang wanita bernama Dhabitah kepada media antarabangsa hari ini.

“Sampai sekarang saya belum mandi kerana risau tak dapat masuk.

“Apabila mendapat tahu adanya majlis Fans Meeting Avengers: Infinity War, saya berpakat dengan beberapa kawan rapat untuk datang ke sini (Marina Bay Sands),” katanya.

Lebih menarik, Dhabitah yang sebenarnya menetap di London sanggup terbang ke Singapura semata-mata untuk bertemu pelakon pujaannya itu.

Selain pelakon Iron Man itu, Benedict Cumberbatch (Doctor Stranger) dan Karen Gillan (Nebula) turut berada di Singapura untuk promosi filem itu.

Filem Avengers: Infinity War bakal ditayangkan serentak seluruh dunia pada 25 April depan.

Olahan oleh: Amri Hassan
Sumber: Detik Hot

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.