fbpx
Now Reading
Sitkom Harith Iskander di Netflix Tak Menjadi

Sitkom Harith Iskander di Netflix Tak Menjadi

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Daripada 19 rancangan comedy specials yang disiarkan di Netflix pada tahun ini, sitkom Harith Iskander berada di kedudukan tercorot.

Portal dari Hollywood, The Wrap menggelar rancangan yang diberi judul ‘I Told You So’ itu sebagai yang terburuk untuk 2018.

Untuk makluman, ‘I Told You So’ merupakan rancangan stand-up comedy yang menyentuh pelbagai topik antaranya seperti kisah kekeluargaan, pengalaman awkward pasangan sedang bercinta, serta kebudayaan yang sering dialami masyarakat di Malaysia dan Singapura.

Ironinya, Harith Iskander dinobat sebagai ‘Funniest Person In The World’ pada tahun 2016 di Finland.

Namun begitu, lawaknya kali ini disifatkan tidak menjadi.

The Wrap dengan telus menulis:

“Pelawak Malaysia, Harith tanpa henti menyebut tentang pengiktirafan antarabangsa yang diterima beliau. Dia bertanya, apa yang akan saya pakai di atas pentas? Bagaimana saya perlu gayakan rambut saya (dia botak)? Patutkah saya namakan rancangan saya, ‘The Funniest Comedian In The World’? Lihat isteri cantik saya! Beri jenaka dan punchline yang tidak bermakna, dan ianya memang menyakitkan.”

Kenyataan The Wrap dilihat seolah-olah disokong oleh portal tempatan, Coconuts KL yang turut memberi komen “pedas”.

Menurut Coconuts KL, Harith Iskander tidak pernah melupakan pengalaman di Finland dan gelaran ‘Funniest Person In The World’ yang dimenanginya, malah dia menyebut kedua-duanya dalam tujuh minit pertama persembahan.

Portal tersebut menganggap perbuatan melabelkan dirinya sebagai ‘Funniest Person’ pada permulaan acara, sebelum membuat penonton benar-benar ketawa adalah satu kesilapan besar.

Harith juga menghabiskan beberapa minit hanya menerangkan di mana Malaysia berada.

Tambahan pula, Harith juga dikatakan terlalu bergantung pada lawak jenaka tempatan yang tidak sesuai untuk penonton antarabangsa.

“Di sini terletaknya kelemahan Harith: Dia sudah tahu rancangan ini akan ditonton oleh berjuta-juta penonton di luar negara, tetapi dia tetap bergantung kepada lawak jenaka tempatan.

“Malah pemerhatiannya juga kelihatan sedikit lemah. Harith berkata pemberian ang pow pada Tahun Baru Cina merupakan akar kepada korupsi kerana mengajar kanak-kanak mendapatkan wang tanpa sebab.

“Jenaka itu langsung tidak masuk akal. Itu bukan korupsi, secara moral mahupun politikal,” kritik Coconuts KL.

Sumber : Says.com

 

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.