fbpx
Now Reading
Ucapan Manis Izreen Azminda Untuk Suami Tercinta

Ucapan Manis Izreen Azminda Untuk Suami Tercinta

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Walaupun pasangan Ude Wahid dan Izreen Azminda terpaksa berdepan kontroversi yang dikaitkan dengan Intan Salleh. Namun, pasangan ini menghadapi setiap kecaman dengan tenang. Terbaru, Ude dan Izreen sempat ke Bali berdua untuk honeymoon dan foto mesra mereka dimuat naik pada laman Instagram milik masing-masing.

Malah, hari ini pula merupakan hari ulang tahun kelahiran Ude yang ke-30. Izreen sempat berkongsi video dan ayat cinta buat suami tersayang. Sweet habis…

https://www.instagram.com/p/Bh6zxx5nQjm/?taken-by=izreen.azminda

Buat lelaki yg aku kasihi.. Selamat Ulang Tahun Kelahiran yg ke-30… Semoga diluaskan pintu rezeki.. Dilimpahi kebahagiaan dalam kehidupan.. Diberikan kesihatan yg baik… Dan sentiasa dibawah lindunganNya.. Hidup ini penuh dengan kejutan.. Yang tak mungkin dapat kau bayangkan.. Dan Tuhan itu adilnya pada setiap insan.. Tidak hari ini..esok lusa Dia hadiahkan.. Apa yg perlu..cumalah kesabaran.. Aku disini..Akan setia sebagai peneman.. Mengakhiri seluruh kehidupan… Jika Allah masih mengizinkan… Jangan sesekali kau salahkan Tuhan.. Untuk apa yg telah Dia rencanakan.. Kerana setiap manusia punya ujian.. Bg menguji setiap keimanan.. Lapangkan dada buang tekanan.. Agar kehidupan sentiasa aman… Selamat Hari jadi.

Sejak kontroversi yang melanda pasangan ini, pelbagai hentaman terpaksa dihadapi untuk berdepan masyarakat. Sehubungan itu, mereka membuat keputusan untuk menutup ruangan komen di Instagram.

Sumber : Instagram Izreen Azminda, OhBulan.com

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.