fbpx
Now Reading
“Tak boleh upload, nanti mereka kacau, suruh delete” – Rozita Che Wan

“Tak boleh upload, nanti mereka kacau, suruh delete” – Rozita Che Wan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Gara-gara memuat naik status sokongan kepada Perdana Menteri baharu iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad di laman Instagram, ramai selebriti menerima kecaman dan dituduh ibarat ‘lalang’.

Ini termasuklah pelakon Rozita Che Wan yang turut menerima tempias kerana dikatakan dengan tiba-tiba terbuka memberi sokongan kepada PM ketujuh itu.

Menurut Rozita atau Che Ta, tindakan golongan selebriti yang memilih untuk berdiam mengenai politik sebelum ini adalah untuk menjaga kepentingan peribadi.

Namun, mereka menjadi penyokong dalam diam kerana tidak mahu hal politik itu mengganggu urusan dan kerjaya seni.

Menerusi laman Instagramnya, Che Ta ada memuat naik foto perdana menteri bersama kapsyen yang menarik perhatian netizen.

“Lama saya simpan gambar ni. Tak boleh upload, nanti mereka kacau, suruh delete.

“Lepas ni dah boleh dah upload gambar lagu mana pun,” tulisnya.

Dalam pada itu, Rozita berharap selepas ini kerajaan baharu akan turut menjaga kebajikan anak seni dan membenarkan kebebasan bersuara untuk rakyat.

Sumber : Mstar

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.