Dulu Dicaci Sehingga Kemurungan Tapi Kini Dipuji

PELAKON Fathia Latiff pernah mengalami kemurungan yang teruk akibat dikecam dan dicaci selepas menunjukkan sokongan terhadap perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad suatu masa dahulu.

Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Abdul Latiff, 30, berkata dia bersyukur apabila keperitan yang dilaluinya sudah berakhir dan berharap tiada sesiapa yang akan melalui pengalaman yang sama.

“Saya pernah alami kemurungan yang teruk sebab bukan seorang dua yang hentam tapi beribu-ribu orang. Ketika itu saya tidak faham apa salah saya.

“Luahan saya di laman sosial itu disebabkan terlalu kagum dan minat dengan Tun Dr Mahathir. Tidak niat untuk memasuki dunia politik pun.

“Saya percaya semua yang terjadi ada hikmah dan alhamdulill, Allah membantu dan keluarga pun beri sokongan.

“Saya berharap dan berdoa agar tidak ada sesiapa yang akan lalui keperitan seperti saya,” kata Fathia kepada mStar Online.

Sebelum ini, Fathia dilihat lantang bersuara memberi pendapat dan sokongan kepada Tun Mahathir yang ketika itu memihak kepada pembangkang.

Namun, Fathia kini dipuji netizen selepas kemenangan gabungan parti politik Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU14) yang diumumkan pada Khamis.

Kata Fathia, dia ada perancangan untuk menyambung pelajaran dalam jurusan undang-undang dalam masa terdekat.

“Alhamdulillah, terima kasih kepada Allah kerana mengurangkan bebanan dan memakbulkan doa saya.

“Saya ikhlas mengagumi Tun M dan terlalu teruja pernah temu bual beliau. Insya-Allah dalam masa terdekat ini, saya ada rancang nak sambung belajar.

“Bagi saya, ilmu pengetahuan itu penting dan selain itu kena juga belajar mengenai ilmu agama Islam,” ujarnya.

Dalam pada itu, Fathia berharap kewujudan akta undang-undang yang tidak membenarkan rakyat Malaysia terutama golongan belia menggunakan kata-kata kesat di laman sosial.

“Kita perlu wujudkan akta undang-undang yang tidak boleh menggunakan kata-kata tidak elok di laman sosial.

“Bagi kesedaran kepada rakyat Malaysia terutama golongan belia. Kita ni lantang bersuara, macam saya juga tapi kena belajar untuk menjadi lebih baik.

“Perlu tahu batas-batas bagaimana nak mengatakan sesuatu di laman sosial,” katanya.

Sumber : Mstar

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

8 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

8 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

8 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

9 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

10 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

11 hours ago