fbpx

Mat Dan Timang Anak Lelaki

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

[video src="https://www.instagram.com/p/BirTXnpnfdx/?hl=en&taken-by=mat_dan1"]

Personaliti popular, Mat Dan dan isteri, Nadifa Adnan menimang cahaya mata lelaki sulung pada 5 Mei lalu.

Perkara itu dikongsi Mat Dan atau nama Islammya, Kareef Danial yang juga pengacara program, Mat Dan Kaki Jalan di laman Instagramnya, hari ini.

“Alhamdulillah, pada 5 Mei lalu, jam 6.43 petang, isteri saya selamat melahirkan anak sulung kami.

Kedua-dua ibu dan anak dalam keadaan sihat. Terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga,” tulisnya.

Dalam catatan yang sama, jejaka kelahiran Bristol, England itu turut mengucapkan terima kasih kepada doktor dan jururawat yang banyak membantu melancarkan proses kelahiran bayi itu.

Mat Dan dan isterinya diijabkabulkan pada 12 Mac tahun lalu di Bukit Chendering, Kuala Terengganu. Majlis perkahwinan pasangan itu diketahui umum selepas gambar pertunangannya dengan gadis itu tular beberapa jam sebelum mereka disatukan.

Sumber : BH Online

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.