fbpx
Now Reading
Emma Maembong Dah Lama Kenal Syed Saddiq

Emma Maembong Dah Lama Kenal Syed Saddiq

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pelakon Emma Maembong menafikan tuduhan netizen bahawa dia cuba mendekati Ahli Parlimen Muar iaitu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman selepas memuat naik foto bersama pemuda itu baru-baru ini.

Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani, 26, berkata, dia sudah mengenali dan berkawan baik dengan Syed Saddiq sejak dua tahun lalu.

“Orang cakap saya nak try (pikat) Syed Saddiq selepas saya memuat naik gambar bersama dia beberapa hari lalu.

“Mereka sepatutnya periksa Instagram saya dari dulu kerana dulu pun saya pernah memuat naik foto dia dan dia juga ada datang pelancaran filem Kimchi Untuk Awak lakonan saya,” ujarnya kepada mStar Online.

Dia ditemui pada sidang media Back To Back Raya Mode Republik 2018 yang berlangsung di Hotel Seri Pacific, di sini, Selasa.

Emma mengulas tindakannya memuat naik video boomereng bersama Syed Saddiq pada Jumaat lalu yang mendapat perhatian netizen.

https://www.instagram.com/p/Bil9NOxHp4j/?hl=en&taken-by=emma_maembongofficial

Pelakon Sayang Papa Saya Tak? Itu menutup ruangan komen pada video berkenaan selepas menerima kecaman.

Video tersebut mendapat lebih satu juta tontonan.

Tambah Emma, perkenalannya dengan ahli parlimen itu bermula kerana pembantu peribadinya terlalu meminati pemuda itu.

Emma kemudian menghubungi Syed Saddiq dengan harapan pemuda bersia 26 tahun itu dapat memberi kejutan dan ucapan buat pembantunya.

“Pembantu peribadi saya minat dengan dia dan saya cuba hubungi dia untuk dia beri kejutan kepada pengurus saya.

“Dia setuju untuk jumpa dan datang dengan kek hari jadi kepada pembantu saya. Sejak itu hubungan kami baik dan selalu bertanya khabar seperti seorang kawan,” ujarnya.

Emma berkata, netizen hanya mempersoalkan hubungan mereka selepas Syed Saddiq mula mendapat perhatian.

Bagaimanapun, aktres ini berkata hubungan itu bukan bermaksud dia menyokong mana-mana parti politik.

“Saya berkawan dan post gambar dia tidak bermakna saya sokong mana-mana pihak. Saya juga ada post foto dengan pakcik saya yang juga bekas menteri besar Terengganu.

“Bapa saya dulu pelukis di PWTC dan saya akui membesar dengan Umno tetapi saya mengambil pendirian untuk tidak berada di mana-mana pihak pun,” ujarnya.

 Sumber : Mstar
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.