fbpx
Now Reading
“Kami Okey Saja!” – Ayda Jebat Jelaskan Situasi Sebenar Dengan Janna Nick

“Kami Okey Saja!” – Ayda Jebat Jelaskan Situasi Sebenar Dengan Janna Nick

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pelakon dan penyanyi popular, Ayda Jebat menjelaskan hubungannya dengan pelakon Janna Nick tidak bermasalah.

Tidak wujud sebarang sengketa atau perselisihan faham pun kata Ayda, sekali gus menidakkan khabar angin bahawa dia merupakan individu yang dimaksudkan Janna sebagai pelakon ‘plastik’.

“Saya tak tahu apa-apa pun pasal isu ini dan saya tak pasti sama ada saya perlu terasa atau tak sebab saya tiada kaitan.

“Hubungan kami macam biasa dan okey saja,” katanya ketika ditemui pada majlis Previu Media Program Syawal Terima Kasih 2018 Media Prima di New World Hotel, Petaling Jaya, semalam.

Jelas Ayda lagi, dia dan Janna sering berjumpa memandangkan kedua-duanya rapat dengan penerbit drama, Sheila Rusli

“Kami selalu berjumpa kalau bukan di set penggambaran mesti di rumah Sheila Rusly. Selalu saja makan sama-sama lebih enam, tujuh kali.

“Malah, ketika muncul di rancangan Melodi baru-baru ini pun kami berbincang seperti biasa dan sempat membuat latihan memandangkan saya perlu mempromosikan jenama telefon yang saya wakili.

“Mungkin ada sedikit kekangan disebabkan jenama telefon yang berbeza-beza tetapi kami tak kekok ketika siaran langsung,” tambah Ayda.

Isu terbabit timbul apabila Janna memuat naik luahan di Instastory pada malam hari Ahad lalu tentang sikap ‘plastik’ seorang pelakon.

Biarpun tidak menyebut nama sesiapa dan tidak mendedahkan individu yang dimaksudkan, netizen mula membuat telahan bahawa pelakon yang dikaitkan berkemungkinan Ayda.

Nasihat Ayda, dia bukan individu yang layak untuk mengulas mengenai perkara terbabit dan meminta agar tidak melaga-lagakanya dengan Janna.

“Tak adil kaitkan nama saya, terpulanglah pada individu masing-masing untuk menilainya mengikut cara pemikiran sendiri.

“Orang yang lebih layak bercakap ialah Janna sendiri. Bukan tugas saya untuk jawab ya atau tidak,” ulasnya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.