fbpx
Now Reading
Video Azal Runsing Ibunya Tak Dipanggil Berlakon Buat Netizen Sebak

Video Azal Runsing Ibunya Tak Dipanggil Berlakon Buat Netizen Sebak

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

[video src="https://www.instagram.com/p/BjWEBYbgKAx/?taken-by=zarinazainuddin_"]

Sepotong video memaparkan aksi anak Zarina Zainuddin, Azal, yang risau akan nasib ibunya setelah tidak mendapat tawaran berlakon lagi mengundang sebak netizen.

Tersentuh dengan soalan yang diajukan Azal kepada Zarina, pelakon itu turut mendedahkan situasi sebenar yang dihadapinya yang kini menyara kehidupan dengan berniaga.

“Azal cakap kenapa saya lama tak pergi shooting berlakon drama, saya cakap tak ada orang panggil lagi kita buat pulut kuning saja lah.

“Dia cakap saya rungsinglah ibu..

“Kalau orang tak nak panggil, produser dah tak nak, stesyen TV asyik reject, saya pun tak boleh nak kata apa.

“Rezeki terbentang luas Allah bagi, mahu atau tidak usaha membuahkan hasil.

“Disebalik minat saya dalam lakonan saya terpaksa pendamkan dulu,” tulis Zarina di Instagramnya.

Perkongsian Zarina itu menyentuh hati netizen yang risaukan nasib pelakon itu membesarkan anak-anaknya.

Keluhan Zarina mendapat perhatian produser filem, David Teo yang menawarkannya berlakon.

“Nanti datang lokasi saya okey,” tulis David.

Sumber : Astro Gempak, Instagram

 

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.