fbpx
Now Reading
Hasrat Abam Untuk ke Umrah Tergendala Selepas Ditipu

Hasrat Abam Untuk ke Umrah Tergendala Selepas Ditipu

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

PELAWAK, Abam Bocey mendedahkan mengalami kerugian puluhan ribu ringgit selepas ditipu sebuah syarikat pelancongan tempatan yang menawarkan pakej umrah.

Menurut Abam, dia sudah membuatkan bayaran penuh bagi dirinya dan dua keluarganya yang lain untuk menunaikan ibadah Umrah pada akhir tahun lalu.

“Selepas membuat bayaran penuh, pemilik syarikat terbabit menunda beberapa kali tarikh penerbangan membuatkan saya berasa tidak sedap hati.

“Selepas itu, pemilik syarikat terbabit terus senyap sehingga sekarang. Sepatutnya saya dan ibu bertolak pada 5 Disember lalu, bagaimanapun impian kami untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci buat kali pertama musnah,” katanya.

Walau bagaimanapun Abam berkata, dia enggan mengambil sebarang tindakan terhadap syarikat terbabit sebaliknya reda dengan apa yang sudah berlaku.

“Biar Allah saja membalas perbuatan mereka itu. Saya reda dan percaya setiap berlaku ada hikmah disebaliknya.

“Barangkali mungkin belum rezeki saya membawa ibu menunaikan ibadah. Insya-Allah kami bercadang menunaikan umrah hujung tahun ini atau awal tahun depan,” katanya.

Sumber : Harian Metro

 

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.