fbpx
Now Reading
Bercuti Ke ‘Oversea’ Tiap Tahun Tapi Hutang Tak Nak Bayar

Bercuti Ke ‘Oversea’ Tiap Tahun Tapi Hutang Tak Nak Bayar

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

“BERCUTI ke luar negara boleh, tapi hutang tak boleh bayar?” kata Fadzil Zahari, 34, susulan tindakan pereka fesyen tempatan yang didakwa belum menjelaskan hutang sebanyak RM10,000 sejak tiga tahun lalu.

Perkara itu didedahkan Fadzil yang memuat naik status di laman Facebook miliknya sambil meminta sesiapa dapat berhubung dengan pereka fesyen itu agar menyampaikan pesanannya.

Fadzil ketika dihubungi berkata, pereka fesyen itu memberi alasan mahu meminjam duit sebagai modal pusingan selain mahu membayar gaji pekerjanya pada 2015 lalu.

“Ketika itu dia berkawan baik dengan Yana (isteri) dan dia memujuk untuk meminjam wang sebanyak RM30,000 daripada Yana.

“Tetapi saya menasihati Yana agar tidak memberi wang sebanyak itu kerana ia satu jumlah yang agak besar,” katanya.

Selepas berbincang, Fadzil dan Yana akhirnya bersetuju meminjamkan wang sebanyak RM15,000 sahaja.

Malangnya, selepas dua tahun, hutang itu masih belum dilunaskan, malah pereka fesyen terbabit juga sudah menghalang segala laluan komunikasi sama ada melalui Whatsapp, Facebook atau Instagram.

Fadzil juga mendakwa, pekerja di butik pereka fesyen itu juga tidak dibayar gaji walaupun sudah mendapat wang yang dipinjam itu.

Menurutnya, pelbagai usaha sudah dilakukan untuk menuntut semula hutang termasuk menghubungi ibu dan kakak pereka fesyen itu.

Katanya, ibu pereka fesyen itu didakwa ada membantu menjelaskan hutang sebanyak RM3,000 sahaja dan baki RM2,000 ditolak atas alasan bayaran sewa butik kerana mereka pernah menyimpan produk mereka di butik berkenaan, sebelum ini.

“Saya tiada niat mahu malukan dia di laman sosial tetapi saya sudah beritahu kakaknya, bulan lalu kerana jika tiada maklum balas daripada pihaknya, saya terpaksa ‘bertanya’ di Facebook,” katanya.

Fadzil turut mendakwa mempunyai bukti perbualan di aplikasi Whatsapp antara ibu dan kakak termasuk surat yang ditandatangani pereka fesyen itu yang menunjukkan akan menyelesaikan hutang dalam tempoh sebulan selepas meminjam pada Oktober 2015.

Harian Metro cuba mendapatkan komen pereka fesyen itu berhubung perkara terbabit, namun gagal.

Sumber : Harian Metro

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.