fbpx
Now Reading
“Ya Dik.. Sup Memang Panas” – Noorkhiriah Dedah Situasi Sebenar Celup Tangan Ambil Sup Bunjut

“Ya Dik.. Sup Memang Panas” – Noorkhiriah Dedah Situasi Sebenar Celup Tangan Ambil Sup Bunjut

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pelakon Noorkhiriah mendedahkan dia terpaksa menyelup tangannya di dalam sup yang panas ketika babak sup bunjut di dalam drama Nur yang tular kemarin.

Noorkhiriah menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya memberitahu dia hanya menahan kepanasan itu demi menjayakan babak tersebut.

“Ada yang tanya betul ke panas kak? ya dik…memang panas tapi tak ada lah panas meletup. Panas suam-suam sebab baru lepas dipanaskan.

“Tapi apa ada hal,dah keja. sauk jelah kerana itu pun membantu karakter.

 

“Alhamdulillah, cicak masa itu berbunyi on time pula. Maka spontan cicak pun masuk dalam dialog,” tulisnya.

Sejak kemarin, topik sup bunjut mula trending di semua rangkaian sosial media.

Babak itu menunjukkan  Aishah lakonan Noorkhiriah mendakwa Nur yang dijayakan Amyra Rosli sudah menyihir ahli keluarganya dan memasukkan sesuatu di dalam makanan.

Dia kemudiannya sanggup mencelup sup yang masih panas untuk mencari ‘barang’ tersebut dan menunjukkan kepada ahli keluarganya.

Bagaimanapun ia sebenarnya adalah sup bunjut.

Babak itu menyebabkan ramai penonton dan pengguna sosial media pecah perut kerana bahan itu diketahui ramai untuk menyedapkan masakan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.