fbpx
Now Reading
Adibah Noor Tegur Nyanyian Bahasa Inggeris Haqiem Rusli

Adibah Noor Tegur Nyanyian Bahasa Inggeris Haqiem Rusli

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

PENYANYI Adibah Noor menerusi laman sosial Twitter menegur lagu Jatuh Bangun yang dinyanyikan oleh Haqiem Rusli.

Adibah berkata, bahagian lirik bahasa Inggeris dalam lagu berkenaan tidak jelas ketika dinyanyikan penyanyi berkenaan.

Dear adik Haqiem Rosli. Aunty suka sangat lagu Jatuh Bangun adik tu. Beat catchy, suara pun sedap sesuai untuk cita rasa muzik terkini.

“Cuma part English tu… apekemendenyelaaaaaaa yang adik sebut tu?” soalnya.

Bagaimanapun, Adibah memuji secara keseluruhan suara dan melodi lagu tersebut sedap didengar dan mengikut cita rasa muzik terkini.

Dalam pada itu, rata-rata pengikut laman sosial turut bersetuju pendapat Adibah yang tidak memahami lirik lagu berkenaan kerana dinyanyikan dengan laju.

Sementara itu, penyanyi lagu Tergantung Sepi itu membalas dan berterima kasih terhadap pendapat yang diberikan oleh Adibah.

Dia juga memberi lirik sebenar yang dinyanyikan dalam lagu tersebut.

“Ok terharu, terima kasih, aunty… Gini liriknya.

Coz all I want is time, to know ur (your) mind, and I want u to know that i’m fine,” tulisnya.

Dalam pada itu, Adibah berkata dia sebenarnya tahu lirik berkenaan, namun berharap penyanyi itu mendapatkan bantuan dalam menyebut perkataan bahasa Inggeris itu dengan baik.

“Ya. Aunty tau itu liriknya. Masalah Haqiem menyebutnya itu. Lain kali mintak ada orang guide k,” tulisnya.

Sumber : Mstar 

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.