Jep berkongsikan pengalaman rayanya yang tidak boleh dilupakan. Ketika itu, dia dan adik beradiknya pernah berkongsi duit untuk membantu keluarga mereka membeli bahan masakan untuk juadah raya keesokan harinya.
Memetik laporan dari Media Hiburan, ketika itu ayahnya bekerja sebagai pemandu van kilang sahaja malah adik-beradik yang lain pun tidak mempunyai kerja tetap lagi.

Disebabkan itu dia dan adik-beradiknya yang lain berkongsi duit untuk membeli bahan masakan untuk juadah aidilfitri.
Jep juga sangat teruja menyambut Aidilfitri kali ini kerana beraya bersama dengan isteri dan puterinya yang baru lahir pada April lepas, Dariya Inara.

Sumber dari Media Hiburan