fbpx
Now Reading
Wak Doyok Nak Bergurau Je

Wak Doyok Nak Bergurau Je

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Gara-gara kapsyen kurang sopan, pelakon dan ikon fesyen Wak Doyok ‘diserang’ netizen menerusi laman sosial Instagram miliknya.

Wak atau Mohd Azwan Md Nor, 39, memuat naik foto sedang menikmati buah durian dengan menulis kapsyen berbunyi; “Durian adalah raja buah, tapi raja buah terletak di dada wanita” dan ia menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan pengikut wanita di Instagram miliknya.

Rata-rata netizen menyifatkan kenyataan itu bukan sesuatu yang boleh dijadikan bahan lawak sebaliknya sebagai satu gangguan seksual terhadap kaum wanita. Tidak kurang pula ada yang menganggap kapsyen tersebut sebagai gurauan sahaja.

Foto yang dimuat naik petang Ahad ini mendapat lebih 35.000 tanda suka dan 600 komen netizen.

Bagaimanapun, Wak Doyok membalas komen-komen negatif netizen dengan menganggap apa yang dilakukannya itu hanya sekadar gurauan.

Sebelum ini, pelakon Abang Long Fadil itu pernah menimbulkan kontroversi apabila dikatakan meninggalkan komen berunsur lucah kepada pelakon Kilafairy.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.