fbpx
Now Reading
Dayah Bakar Sah Diijab Kabul Bersama Kapten Hanif

Dayah Bakar Sah Diijab Kabul Bersama Kapten Hanif

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pengacara terkenal, Nur Hidayah Datuk Abu Bakar, 29, selamat bergelar isteri kepada Muhammad Hanif Hamidi, 29, pada jam 9.38 pagi tadi.

Dengan hanya sekali lafaz, majlis pernikahan Dayah dan Hanif yang berlangsung di 9 Kedondong Ampang Hilir, Kuala Lumpur itu dihadiri oleh keluarga, sahabat handai dan rakan media.

Dayah dan Hanif telah dinikahkan oleh bapa Dayah sendiri, iaitu Datuk Abu Bakar Johar dengan mas kahwin RM300.

Pihak pengantin lelaki memberikan tujuh dulang hantaran kepada pihak perempuan manakala pihak perempuan pula membalas dengan sembilan dulang hantaran.

Dayah dan Hanif bersama-sama memilih untuk menyarungkan rekaan daripada Azura Couture.

Majlis resepsi pihak perempuan bakal diadakan di Cornerstone (IPC) Wisma Selangor Dredging pada Ahad ini, manakala majlis resepsi pihak lelaki akan berlangsung pada 7 Julai ini di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Dayah atau nama sebenarnya, Nur Hidayah Datuk Abu Bakar akan berbulan madu bersama Hanif, atau nama sebenarnya Muhammad Hanif Hamidi di Kashmir selepas selesai majlis di sebelah pihak lelaki.

Sumber : Gempak.com

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.