“Bersunat Dulu Kalau Mahu Berkawan Dengan Emma”

Berkawan rapat dengan Emma Maembong, Alvin Chong kecewa apabila sesetengah peminat mendesak beliau untuk memeluk agama Islam. Jelasnya agama merupakan hak peribadi yang harus dihormati dan bukan dipaksa.

“Isu sering orang cakap pada saya adalah mengenai agama. Ramai bertanya, pintu hati saya tidak terbuka hatikah untuk memeluk Islam? Malah ada meminta saya ‘bersunat’ terlebih dulu kalau mahu berkawan dengan Emma Maembong”

“Saya ada ramai kenalan beragama Islam, malah pengurus saya sendiri seorang mualaf. Islam adalah agama indah tapi ia bukan masa saya lagi,” jelasnya kepada Harian Metro.

Dalam masa yang sama, Alvin turut mengakui beliau pernah menerima kecaman peminat apabila mereka terbawa-bawa watak beliau didalam sesetengah drama hingga menuduhnya berlagak alim tetapi tidak menggambarkan Muslim sejati.

Betul apa yang Alvin katakan, agama sesuatu yang tidak boleh dipaksa. Doa sahajalah yang baik-baik semoga Alvin terbuka hati untuk memeluk agama Islam daripada memaksa. Kan nampak Islam tidak indah disitu.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

2 days ago