fbpx
Now Reading
Ziana Masih Lagi Boleh Bersabar

Ziana Masih Lagi Boleh Bersabar

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penyanyi popular Ziana Zain memberitahu dia tiada masalah untuk terus bersabar bagi menyelesaikan kes perceraian dengan suaminya, Armin Zaharin yang masih belum berpenghujung.

“Kalau 20 tahun, saya boleh bersabar, jadi sikit lagi saya kena sabar. Saya akan mengikut prosedur ditetapkan mahkamah dan yakin semuanya akan diselesaikan secara baik,” kata Ziana.

Ziana, 50,  hadir ke untuk sebutan keputusan Jawatankuasa Pendamai, Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, hari ini.

Pada sebutan itu, suaminya Armin Zaharin Ahmad Zambri, 53, tidak hadir tanpa sebarang pemberitahuan.

Mahkamah menetapkan Ziana dan Armin melakukan proses seterusnya menerusi Jawatankuasa Hakam pada 12 Julai depan.

Ketika diminta komen mengenai ketidakhadiran Armin pada sebutan itu, Ziana turut menyampaikan pesanan buatnya.

“Kalau kita ada rasa tanggung jawab untuk satu sama lain, kita sepatutnya hadirlah,” katanya.

Mengenai sambutan Syawal kali ini, kata Ziana, dia tetap meraikannya bersama anak-anak seperti biasa.

“Sambutan raya saya bersama anak-anak tahun ini sama saja dan raya tetap raya.

“Semua anak-anak juga berada dalam keadaan baik,” katanya.

Ziana memfailkan kes perceraiannya dengan suami, Armin pada April lalu.

Pasangan ini bernikah pada Mei 1998 dan dikurniakan empat cahaya mata, Muhammad Aiman, 19, Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9.

Sumber : Gempak.com, Mstar

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.