fbpx
Now Reading
Terima Ijazah Sarjana Kedua di Sepanyol, Dr Soo Wincci Antara Wanita Yang Layak Bergelar Beauty With Brain!

Terima Ijazah Sarjana Kedua di Sepanyol, Dr Soo Wincci Antara Wanita Yang Layak Bergelar Beauty With Brain!

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

[video src="https://www.instagram.com/p/BlAi9QmgtrO/?taken-by=dr.soowincci"][video src="https://www.instagram.com/p/BlAnL_MAmCg/?taken-by=dr.soowincci"]

Gelaran ‘beauty with brain’ sememangnya layak diberikan kepada pelakon dan penyanyi Dr Soo Wincci.

Menyandang gelaran doktor falsafah (PhD) selepas menamatkan pengajian dalam bidang Pengurusan Perniagaan di Universiti Terbuka Malaysia (OUM) pada 2016, Wincci kini menerima ijazah sarjana keduanya.

Menerusi kemas kini akaun Instagram Wincci, wanita berusia 33 tahun ini berkongsi berita dirinya menerima ijazah sarjana dalam jurusan Inovasi dan Teknologi Dalam Produksi Muzik di Berklee College of Music, Kampus Valencia di Sepanyol.

Sebelum ini, pelakon filem Kau Yang Satu ini mempunyai ijazah sarjana muda dalam bidang undang-undang dari Universiti Reading, United Kingdom dan menerima Ijazah Sarjana pertamanya dalam bidang pengurusan perniagaan dari Universiti Sunshine, Coast, Australia.

Selain graduasi, Wincci juga dipilih untuk Post Master Fellowship, dan beliau akan menatap di Spain untuk satu tahun lagi untuk projek Wincci.

Menyandang gelaran Miss Malaysia World 2008, Wincci turut menerima pengiktirafan sebagai ratu cantik Malaysia pertama yang menerima PhD oleh Malaysia Book Of Records.

Sumber : Gempak.com.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.