fbpx
Now Reading
“Bertaubatlah! Aku Dan Kamu” – Fenomena Guruh Panjang, Kilat Melintang Petang Semalam, Ini Pesan PU Amin

“Bertaubatlah! Aku Dan Kamu” – Fenomena Guruh Panjang, Kilat Melintang Petang Semalam, Ini Pesan PU Amin

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tular di media sosial apabila fenomena alam luar biasa berlaku di beberapa kawasan sekitar Cyberjaya dan Puchong lewat petang semalam.

Menurut perkongsian netizen di Internet, berlaku guruh dengan bunyi seakan-akan kereta api berat dalam tempoh lebih kurang seminit di kawasan-kawasan terbabit.

Malah, ada yang sempat menyaksikan cetusan kilat dalam formasi melintang selepas suasana senja dengan matahari jingga terang waktu yang sama semalam.

Mengulas mengenai kejadian tu dalam sudut agama, pendakwah selebriti PU Amin menyampaikan pesanan dan ingatan buat semua.

“Apa yang berlaku semalam satu petanda. Begitulah situasi yang akan dihadapi manusia, bila matahari pula terbit di bahagian barat.

“Ketika itu pintu taubat sudah tertutup, manusia pula tidak berasa mahu meminta ampun. Mereka tertipu dengan kesenangan dan keseronokan hidup.

“Ada pula manusia yang langsung tidak mengendahkan fenomena matahari terbit di bahagian barat, padahal itu adalah tanda kiamat besar bakal berlaku.

“Mereka hanya ambil kamera dan simpan gambar gambar menarik matahari bila terbit di bahagian barat .

“Dua tiga hari ni Allah Swt tunjukkan sesuatu, kiamat berlaku dengan cara yang diberitahu.

“Allah bagi teaser dulu. Masa nak kiamat nanti, langit gelap, matahari hilang cahaya, asap keluar dari perut bumi, gempa bumi dan hancur kesemua nya sekali.

“Bertaubatlah. Aku dan kamu,” tulisnya menerusi entri di Facebook.

Sementara itu, di media sosial pula ramai yang mula berkongsi fenomena alam petang semalam dalam sudut pandangan tersendiri.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.