fbpx
Now Reading
Krisdayanti Lelong Kasut Christian Louboutin Miliknya Untuk…

Krisdayanti Lelong Kasut Christian Louboutin Miliknya Untuk…

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kejadian gempa bumi di Lombok beberapa minggu lepas telah mengundang perhatian ramai selebriti di Indonesia untuk tampil memberi bantuan kepada mangsa.

Tidak ketinggalan, penyanyi popular Krisdayanti turut menyertai acara lelongan yang diadakan di Kranggan, Jawa Barat pada Jumaat lepas.

Antara perkara yang menarik perhatian, penyanyi tersebut melelong sepasang kasut jenama Christian Louboutin miliknya pada harga 6 juta rupiah (RM1,600).

“Saya mahu melelong kasut yang dibuat di Itali ini, saya pernah memakainya beberapa kali sahaja sebelum ini,” kata Kris.

Selain kasut tersebut, penyanyi ini turut melelong beberapa pasang gaun kesayangannya yang pernah dipakai ke acara-acara besar di Indonesia.

Kris mula menjejak kaki di industri hiburan Indonesia pada tahun 1987 dan masih berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini.

Sumber : Gempak.com

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.