fbpx
Now Reading
Didakwa Sudah Bercerai, Ini Jawapan Vanidah Imran

Didakwa Sudah Bercerai, Ini Jawapan Vanidah Imran

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ada khabar yang mendakwa aktres Vanidah Imran sudah bercerai dengan suaminya, pelakon Rashidi Ishak selepas masing-masing memilih untuk membawa haluan sendiri.

Menurut Vanidah, dia tidak mahu memanjangkan gosip tersebut serta enggan memberikan sebarang kenyataan mengenainya.

“Kami berdua pilih untuk tidak mengulas mengenainya. Tidak kuasa hendak layan nanti lebih panjang,” katanya.

Menerusi laporan sebuah akhbar mingguan pada Ahad, ia melaporkan Vanidah dan Rashidi sudah tidak lagi bersama dan membawa haluan masing-masing.

Malah pasangan itu turut dilihat ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 9 Ogos lalu.

Mereka juga memilih untuk berpisah secara baik dan segala hak penjagaan anak diserahkan kepada Vanidah.

Vanidah dan Rashidi, 45, berkahwin pada 1 Oktober 2000 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Mikhail Imran, 17, dan Maryam Rashika, 14.

Sumber: mStar Online

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.