fbpx
Now Reading
Pakai Baju Pengantin Hanya Konsep Lagu, Bukan Bertunang Atau Nikah

Pakai Baju Pengantin Hanya Konsep Lagu, Bukan Bertunang Atau Nikah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

[video src="https://www.instagram.com/p/BmpaQnrD6W9/?taken-by=daiyantrisha"][video src="https://www.instagram.com/p/BmrvzOQDKqZ/?taken-by=daiyantrisha"]

BacPelakon dan penyanyi jelita, Daiyan Trisha memohon maaf atas kekeliruan khabar angin yang mendakwa dirinya bakal mendirikan rumah tangga pada tarikh 19 Ogos 2018.

Jelas Daiyan, foto yang tersebar di Internet sebenarnya gambar untuk single terbaharunya, Langit.

BACA : Ada Apa Dengan Tarikh 19 Ogos Daiyan Trisha?

 

“Saya sama sekali tidak menjangkakan kisah foto saya memakai gaun perkahwinan meleret sampai begini.

“Keluarga dan sahabat baik saya sendiri pun keliru, begitu juga rakan-rakan media dan wartawan.

“Bukan niat saya sama sekali untuk menjadikan perkara ini kecoh, saya dengan rendah diri memohon maaf atas kekeliruan ini dan mungkin membuatkan ada antaranya sakit jantung!

“Sudah tentu saya mahu berkahwin pada masa akan datang tetapi saya belum bertemu insan yang tepat. Doakan jodoh saya satu hari nanti okey,” tulisnya di Instagram.

Foto dirinya memakai gaun pengantin dipilih untuk meraikan cinta sempena singlenya berjudul Langit.

“Ini merupakan gambar-gambar saya untuk cover single baharu saya, Langit sempena meraikan cinta.

“Apabila menulis lagu ini, kami membayangkan ianya sebuah lagu untuk majlis perkahwinan, ulangtahun perkahwinan, melamar dan sebagainya.

“Saya mahu lagu ini didedikasikan kepada insan yang paling kita cintai dalam hidup. Jadilah ia konsep ‘on my wedding day’,” tambah Daiyan.

Single Langit boleh didengar di semua platform digital mulai hari ini.
Sumber : Gempak.com

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.