fbpx
Now Reading
Syarifah Nur Asmaa’ Aljoofre Nama Anak Kedua Salima

Syarifah Nur Asmaa’ Aljoofre Nama Anak Kedua Salima

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bintang Akademi Fantasia 4, Salima Habibi menamakan bayi keduanya, Syarifah Nur Asmaa’ Aljoofre.

Selain berkongsi wajah anaknya, Salima turut menjelaskan sebab dan makna nama itu dipilih.

“Bayi kedua kali ini Mommy dapat greenlight untuk namakan anak ini dengan keredaan dan perbincangan dengn suami juga.

“Kalau dulu Syed Ahmad Rayyan dinamakan sempena nama guru kepada suami, kali ini nama yang dipilih ialah Syarifah Nur Asmaa’ binti Syed Abdul Kadir Aljoofre.

“Bersempena dengan nama sahabat zaman Rasulullah s.a.w iaitu Sayyidah Asma’ binti Sayyidina Abu Bakr Assiddiq.

“Moga Asmaa’ membesar sebagai hamba Allah yang taat pada Allah tidak kira waktu dan keadaan, mencintai nabi dalam bahagia dan duka, anak solehah, ahli syurga, pejuang agama, hidup dalam kemuliaan, pengakhiran husnul khatimah,” tulisnya.

Bagaimanapun, Salima memaklumkan dia kini dimasukkan ke hospital sejak beberapa hari lalu atas masalah kesihatan selepas bersalin.

Salima telah selamat melahirkan cahaya mata keduanya pada 11 Ogos lalu secara normal.

Penyanyi itu telah berkahwin sebagai isteri kedua kepada  Ustaz Syed Abd. Kadir Syed Hussin Aljoofre pada 30 November 2013.

Hasil perkahwinan, mereka mempunyai seorang anak lelaki yang berusia tiga tahun.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.