fbpx
Now Reading
Tak Puas Hati Dengan Fazura, Sharifah Sakinah Pula Jadi Tempat Mengadu

Tak Puas Hati Dengan Fazura, Sharifah Sakinah Pula Jadi Tempat Mengadu

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

[video src="https://www.instagram.com/p/BmsqMjChT2k/?utm_source=ig_embed&utm_campaign=embed_loading_state_control"]

Sudah dua minggu Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) menutup tirai namun cakap-cakap belakang masih belum reda.

Terbaharu, netizen meluahkan keluhan dan berkongsi pandangan mengenai sikap hipokrit aktres Fazura yang disifatkan seolah-olah ‘cakap tak serupa bikin’.

Di pentas KLFW, Fazura menggunakan model remaja perempuan berbadan gempal manakala di Instagram tidak putus-putus mempromosikan produk pelangsingan.

Menerusi kiriman emel netizen kepada Sharifah Sakinah dan pengurusannya, pelakon itu punyai pandangan sendiri.

“Sejak KLFW lagi saya menerima pelbagai emel berhubung keresahan netizen apabila melihat Fazura menggunakan model bersaiz gempal untuk pertunjukan fesyen manakala di IG sentiasa mempromosikan produk kurus.

“Terima kasih kerana mempercayai saya, walaupun saya jujur apabila bersuara tetapi saya bukanlah wakil rakyat.

“Saya harus realistik. Pertamanya, niat Fazura untuk memperkasakan wanita muda tak kira apa juga saiz dan bentuk badan.

“Sebagai selebriti, orang akan mudah mensensasikan perkara yang kecil, inikan pula tahap kejayaan Fazura sekarang. Memang kena berwaspada dengan segala reaksi sekeliling.

“Atau mungkin tak payah ambil tahu langsung. Seperti selebriti lain yang berjaya, mereka terus berusaha dan mendapat pengiktirafan Forbes (seperti Kylie Jenner),” katanya.

Bagi Sakinah, pandangan dan penilaian itu bergantung pada sikap individual terhadap sesuatu isu.

“Kalau nak meraikan sosok tubuh montok yang dipunyai pun boleh, nak kurus pun boleh.

“Pilihlah produk yang betul dan sentiasa bersenam. Suka hati,” tambahnya.

Foto: @missfazura, @sharifah_sakinah

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.