fbpx
Now Reading
“Semoga Segalanya Di Permudahkan” – Fitri Haris Selamat Bertunang?

“Semoga Segalanya Di Permudahkan” – Fitri Haris Selamat Bertunang?

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Perkongsian Juara Gema Gegar Vaganza 2 (GGV2), Fitri Haris yang memuat naik sekeping keping keluarganya bersama seorang wanita di laman Instagram menimbulkan tanda tanya.

Menerusi kapsyen yang dimuat naik di Instagram (IG), Fitri tidak menyatakan secara jelas siapakah sebenar gerangan wanita tersebut.

“Semoga segalanya di permudahkan. Hanya tuhan yang tahu wahai kekasih.

“Ayah saya @muhammadharis3829 mewakili di belakang. Amin #wahaikekasihku,” tulisnya.

Rata-rata pengikut menjangkakan bahawa Fitri telah menghantar rombongan untuk meminang kekasihnya itu dan mereka mengucapkan tahniah.

“@warithabdaziz:Alhamdulillah. Tahniah angah abg @fitriharisofficial . Semoga ikatan diberkati Allah dan kekal hingga ke jannah. Amiin. Seronok tengok abg jumpa jodoh. Alhamdulillah.

“@hafizamazelan: Tahniah cantiknya. Semoga kali ni Allah kekalkan hingga syurga.”

“@normah_kitty_: Tahniah Fitri. Kalau ini kebenarannye semoga berkekalan higga ke Jannah dan diprmudahkan segalnya. Aminnnn.”

Namun begitu, melihatkan kepada pelbagai komen di laman Instagram Fitri, ramai yang mendakwa itu hanya sekadar gimik untuk Fitri melancarkan lagu terbarunya.

Sebelum ini Fitri pernah berkahwin namun rumah tangga berakhir dengan perceraian sekitar lapan tahun lalu.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.