Isteri kepada pelakon Sharnaaz Ahmad iaitu Noornabila selamat melahirkan bayi lelaki awal pagi tadi di sebuah pusat perubatan di ibu negara pada Khamis.
Lebih manis lagi, aktor drama Cinta Bukan Kristal ini berkongsi tarikh lahir yang sama dengan anak sulungnya itu.
Menerusi Instagram, Shaarnaz mengucapkan terima kasih kepada isterinya yang menghadiahkan seorang putera di ulang tahun kelahirannya ke-33.
“Terima kasih di atas hadiah istimewa kepada saya sebagai seorang baba (panggilan untuk bapa),” tulisnya.
Sementara itu, pengacara Neelofa yang merupakan adik kepada Noornabila turut mengucapkan tahniah kepada kakaknya itu menerusi rakaman video di Instagram.
“Baby J selamat dilahirkan. Alhamdulillah dan tahniah kakak,” kata Neelofa.
Video tersebut memperlihatkan Noornabila sedang bersiap sedia sebelum bergerak ke bilik bersalin.
Dalam pada itu, ibunya iaitu Noorkartini turut berkongsi rakaman video detik indah berkenaan.
Kartini turut menulis kapsyen meminta pengikut mendoakan semoga urusan mereka dipermudahkan dan berjalan lancar.
Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…
Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…
Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…
Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…
Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…
Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.