fbpx
Now Reading
Adik Elfira Loy Berhutang?

Adik Elfira Loy Berhutang?

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sekeping foto paparan skrin yang mendakwa adik kepada pelakon terkenal Elfira Loy, Ezzrin Loy tidak membayar hutang telah tular di laman Twitter.

Netizen yang bernama Fariza Ismail (@farizaismailofficial) mendedahkan perkara terbabit di ruangan komen akaun Instagram milik Elfira.

“Sekarang boleh bayar semua hutang, termasuklah hutang adik lelaki awak tu ya,” tulis netizen.

Tidak berdiam diri, Elfira turut memberi respon terhadap kenyataan itu.

“Awak ni mesti jenis tak boleh tengok orang senang kan?” balasnya.

Netizen terbabit meneruskan dialog dengan mendedahkan Ezzrin tidak membayar hutang selama bertahun-tahun.

“Ingatkan adik awak untuk bayar semua hutang, buat kereta mahal-mahal tapi sudah bertahun masih tak bayar,” tulisnya.

Namun begitu, komen terbabit telah dipadamkan oleh Elfira.

Sumber : Gempak.com

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.